Seluruh Pasukan Bola Sepak Cameroon Peluk Islam

Seluruh Pasukan Bola Sepak Cameroon Peluk Islam - Hallo sahabat Nuansa Islami, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seluruh Pasukan Bola Sepak Cameroon Peluk Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUNIA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seluruh Pasukan Bola Sepak Cameroon Peluk Islam
link : Seluruh Pasukan Bola Sepak Cameroon Peluk Islam

Baca juga


Seluruh Pasukan Bola Sepak Cameroon Peluk Islam

Pasukan Cameroon mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai setelah menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan jabatan tersebut di Dubai 


Kesemua anggota pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon termasuk jurulatih dan paderi mereka telah memeluk agama Islam, lapor Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), Emiriyah Arab Bersatu.

Anggota pasukan Cameroon mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai setelah menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan jabatan tersebut di Dubai.

Menurut IACAD, keputusan itu diambil kerana mereka tertarik dengan layanan baik dari warga tempatan serta keamanan dan ketenangan yang dapat dirasakan di dalam Islam.

Pasukan Cameroon berasal dari akademi bolasepak yang ditubuh khas untuk anak-anak yatim, orang geladangan dan orang miskin.

Ketua Pengarah IACAD, Dr. Hamad Al Shaibani berkata, jabatan tersebut telah menyaksikan ramai penduduk dan pelancong dari pelbagai kewarganegaraan memeluk Islam.

“Kebanyakan mereka memeluk agama Islam kerana tertarik dengan nilai-nilai tolerans,i berperikemanusiaan dan prinsip Islam serta kebajikan yang ditunjukkan oleh orang Islam itu sendiri,” kata Dr Hamad.

IACAD banyak menganjurkan program untuk golongan mualaf dan orang bukan Islam dalam memperkenalkan mesej wasatiah yang sebenar Islam sebagai agama untuk semua.

Jabatan yang diasaskan oleh Almarhum Sheikh Rashid Saeed Al Maktoum pada tahun 1969 ini bertindak sebagai  badan yang  bertanggungjawab menguruskan pusat menghafal Al-Quran, menyelia dan menjaga masjid, menguruskan perlesenan persatuan kebajikan dan institusi Islam dan menyelia hal ehwal pentadbiran, kewangan serta hal ehwal Fatwa.

Setakat ini IACAD mempunyai 17 pusat Islam dan 38 pusat hafalan suci Al-Quran di Dubai.

*Sumber dari astroawani.com


Demikianlah Artikel Seluruh Pasukan Bola Sepak Cameroon Peluk Islam

Sekianlah artikel Seluruh Pasukan Bola Sepak Cameroon Peluk Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seluruh Pasukan Bola Sepak Cameroon Peluk Islam dengan alamat link https://nuansaislamipost.blogspot.com/2014/09/seluruh-pasukan-bola-sepak-cameroon.html
Tag : DUNIA
0 Komentar untuk "Seluruh Pasukan Bola Sepak Cameroon Peluk Islam"

Back To Top