91 Tentera Zionis Terbunuh

91 Tentera Zionis Terbunuh - Hallo sahabat Nuansa Islami, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 91 Tentera Zionis Terbunuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel YAHUDI LAKNATULLAH, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 91 Tentera Zionis Terbunuh
link : 91 Tentera Zionis Terbunuh

Baca juga


91 Tentera Zionis Terbunuh


BRIGADE Izzuddin al-Qassam, sayap Gerakan Islam Hamas, menegaskan bahawa ketika berperang di darat melawan pasukan Zionis sehingga hari Isnin (28/7/2014), mereka berjaya membunuh 91 tentera Zionis. 

Dalam kenyataanya, Brigade al-Qassam berjaya mencederakan ratusan askar Zionis, di antaranya ada yang mengalami kecederaan yang sangat parah. 

Angka tersebut belum termasuk pegawai dan askar Zionis yang terbunuh dalam serangan terhadap kenderaan-kenderaan berat Zionis menggunakan roket cornet, roket phoenix, roket RPG pelbagai jenis dan bom-bom petrol, serta gempuran terhadap pasukan Zionis yang melakukan pencerobohan dengan roket dan mortar. 

Al-Qassam menegaskan, jumlah tentera Zionis yang terbunuh jauh lebih ramai dari itu. Jumlah tersebut adalah yang dikira oleh para pejuang al-Qassam ketika bersemuka secara langsung dengan tentera Zionis secara berhadapan dari jarak dekat. 

Sampai kini penjajah Zionis masih menyembunyikan jumlah pasukannya yang terbunuh baik dari kalangan pegawai dan askar. Para penganalisis tentera Zionis mengakui pertempuran hebat dihadapi oleh batalion Givati ​​dan Nahal iaitu batalion yang berpengaruh dalam tentera Zionis ketika menghadapi para pejuang al-Qassam di sempadan Semenanjung Gaza. 

Sehingga kini tentera Zionis masih mengakui 41 tentera zionis dan prajuritnya terbunuh ketika bertempur dengan Brigade al-Qassam.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com


Demikianlah Artikel 91 Tentera Zionis Terbunuh

Sekianlah artikel 91 Tentera Zionis Terbunuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 91 Tentera Zionis Terbunuh dengan alamat link https://nuansaislamipost.blogspot.com/2014/07/91-tentera-zionis-terbunuh.html
0 Komentar untuk "91 Tentera Zionis Terbunuh"

Back To Top