Gara-Gara Daging Babi

Gara-Gara Daging Babi - Hallo sahabat Nuansa Islami, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gara-Gara Daging Babi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DUNIA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gara-Gara Daging Babi
link : Gara-Gara Daging Babi

Baca juga


Gara-Gara Daging Babi

Waktu baru menunjukkan pukul 10.00 pagi di Beijing. Waktu solat Jumaat masih tiga jam lagi. Seorang lelaki sedang mendekati masjid.

Lelaki itu berdiri sejenak di depan masjid. Ada rasa enggan untuk melangkahkan kaki ke dalam masjid, apalagi setelah melihat tulisan di pintu gerbang masjid yang ditulis dalam bahasa Cina, Inggeris dan Arab berbunyi "Hanya untuk Muslim."

Tapi lelaki itu menepis keraguannya dan memberanikan diri memasuki masjid.

"Ada yang boleh saya bantu?" Tiba-tiba seorang lelaki menyapanya, imam masjid itu.

"Saya ingin menjadi seorang muslim," ujar lelaki itu.

Imam masjid tersenyum dan menyambut lelaki yang ingin masuk Islam itu. Dia membawanya ke pejabat "Komuniti Muslim" yang terletak berhampiran bangunan masjid. Imam mengeluarkan tiga buku kecil tentang Islam. Dia mahu lelaki itu mempelajari tentang agama Islam, agama yang ingin dipeluknya.

Lelaki muda itu ternyata bukan hanya membaca semua buku tersebut, tapi telah membaca banyak buku lain tentang Islam. Dia sering mengajak beberapa imam di masjid untuk berdiskusi untuk membuktikan bahawa dia tahu apa yang ingin dia lakukan.

Akhirnya, seorang imam membawa beliau mengucapkan dua kalimah syahadah dan lelaki muda itu secara rasmi menjadi seorang muslim.

Lelaki itu adalah Jang nama asalnya sebelum Islam dan kini menukarkan namanya kepada Salim. Setelah bersyahadat, Salim menceritakan mengapa dia ingin menjadi seorang muslim.

"Semuanya bermula dari daging babi," kata Salim sambil tersenyum.

Ajaran Islam untuk makan makanan secukupnya, termasuk larangan makan daging babi, mencetuskan rasa ingin tahu Salim dan mendorongnya untuk jawapan.

"Saya meneliti jurnal-jurnal perubatan dan membaca banyak buku untuk mencari jawapannya," ujar Salim.

Dia mahu mencari jawapannya mengapa Islam mengharamkan daging babi. Islam memandang babi adalah najis kerana haiwan itu pemakan segala macam makanan. Babi tidak membezakan antara daging atau tumbuhan dalam kebiasaan makannya. Berbeza dengan lembu atau kambing misalnya, yang hanya makan tumbuhan. Ramai ilmuwan juga bersetuju bahawa apabila memakan daging babi, boleh menyebabkan sekurang-kurangnya 70 macam penyakit pada manusia.

"Saya mendapati kesimpulan yang sama dalam rawatan tradisonal Cina yang tidak mengesyorkan makan daging babi dan menyebutnya sebagai daging yang paling tidak sihat dan berbahaya," tutur Salim.

Atas pengalamannya itu, Salim tertarik dengan agama Islam dan memutuskan untuk masuk Islam. Dia kini menjadi sebahagian daripada komuniti Muslim di China yang menurut data rasmi jumlahnya lebih dari 30 juta orang.

Islam tersebar ke negeri China melalui pedagang pada era Dinasti Tang sekitar 1300 tahun yang lalu. Bahkan catatan sejarah ada menyebutkan sahabat-sahabat Rasulullah Muhammad Saw pernah melawat China.

Meski komuniti Muslim di China cukup besar, mereka kerap menjadi sasaran penindasan dan diskriminasi kerajaan China yang berhaluan komunis. Tetapi siapa yang boleh menghalang cahaya Islam dan hidayah yang Allah swt berikan pada umatnya. Jang atau Salim adalah salah satu contohnya. Dia mendapatkan hidayah itu dengan latar belakang yang unik, hanya kerana masalah daging babi.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com


Demikianlah Artikel Gara-Gara Daging Babi

Sekianlah artikel Gara-Gara Daging Babi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gara-Gara Daging Babi dengan alamat link https://nuansaislamipost.blogspot.com/2014/06/gara-gara-daging-babi.html
Tag : DUNIA
0 Komentar untuk "Gara-Gara Daging Babi"

Back To Top