Umat Yang Sentiasa Menang

Umat Yang Sentiasa Menang - Hallo sahabat Nuansa Islami, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umat Yang Sentiasa Menang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel HADIS, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umat Yang Sentiasa Menang
link : Umat Yang Sentiasa Menang

Baca juga


Umat Yang Sentiasa Menang

Hadith :

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu memperjuangkan yang hak. Mereka selalu menang sampai hari kiamat.

Huraian:

Islam bukan sekadar suatu perkataan yang disebut oleh lidah sahaja, bukan pula bererti kelahiran seseorang di dalam sebuah negara tertentu yang disebut sebagai negara Islam dan mempunyai lambang keislaman, juga tidak bererti kelahiran seorang yang ibu bapanya muslim.

Kita sering membicarakan tentang Islam akan menang, Islam akan tertegak tetapi apakah yang kita lakukan untuk menuju ke arah itu? Perjuangan menegakkan Islam masih belum berakhir.

Di manakah kita ketika saudara-saudara kita dihina, diinjak-injak, disembelih, diperkosa? Pernahkah kita kenangkan nasib mereka walau sedetik? Pernahkah lidah mengucapkan doa kemenangan untuk mujahid-mujahid Islam ini?

Apakah sumbangan kita untuk mereka? Sebenarnya bangsa atau umat yang menjadi pilihan Allah yang akan sentiasa diberikan kemenangan ialah bangsa muslim yang hidupnya terus memperjuangkan agama Allah sekalipun mereka berlainan bangsa dan warna kulit.

Inilah konsep yang unggul mengenai negara dan rupa bangsa yang sentiasa beroleh kemenangan dan kekal merdeka.

*Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Demikianlah Artikel Umat Yang Sentiasa Menang

Sekianlah artikel Umat Yang Sentiasa Menang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umat Yang Sentiasa Menang dengan alamat link https://nuansaislamipost.blogspot.com/2014/05/umat-yang-sentiasa-menang.html
Tag : HADIS
0 Komentar untuk "Umat Yang Sentiasa Menang"

Back To Top