Akidah: Berubat dengan bomoh siam

Akidah: Berubat dengan bomoh siam - Hallo sahabat Nuansa Islami, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akidah: Berubat dengan bomoh siam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel ARTIKEL ISLAM, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akidah: Berubat dengan bomoh siam
link : Akidah: Berubat dengan bomoh siam

Baca juga


Akidah: Berubat dengan bomoh siam

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Apakah salah dan dianggap syirik jika seseorang itu telah berusaha banyak kali dengan cara Islam untuk berubat membuang sihir  tetapi tidak sembuh. Dia ambil keputusan untuk melalui cara Siam untuk membuang sihir tersebut dan mendapatkan bantuan seorang yang bukan Islam yang berubat dengan cara Siam setelah dia mengetahui sihir ke atasnya adalah menggunakan cara Siam TETAPI yakin dan percaya sepenuh hati  perawatan yang beliau akan lalui dan alami adalah Allah yang akan membantu dan mengizinkan. 


Jawapan;
 Keyakinan kepada Allah mesti diterjemahkan melalui keyakinan hati, lidah dan juga anggota (yakni amalan, perbuatan dan tindakan). Yakinlah kepada Allah dan berikhtiarlah tanpa mendatangkan kemurkaan Allah dengan bertandang ke tempat yang tidak diredhaiNya.

Rasulullah pernah ditanya tentang hukum berubat dengan arak. Lalu baginda menjawab; “Arak bukan ubat, tetapi penyakit” (HR Imam Muslim dari Wail al-Hadrami). Perhatikan, walaupun di sisi manusia arak mungkin boleh menjadi ubat menyembuhkan setengah penyakit, namun kerana ia di sisi Allah adalah haram, maka Rasulullah bertegas mengatakan; Ia bukan ibat tetapi penyakit.

Jika benar kita yakin kepada Allah, kita perlu yakin juga bahawa Allah tidak akan menjadikan penyembuhan ada pada perkara yang Ia murkai apatahlagi yang mensyirikkanNya. Berikhtiyarlah dengan cara yang halal, jangan berputus asa, Insya Allah kesembuhan akan diberi Allah; kesembuhan badan dan pada masa yang sama aqidah juga selamat. Tiada guna tubuh sihat tetapi aqidah kita sakit.

Wallahu a'lam.

*Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL


Demikianlah Artikel Akidah: Berubat dengan bomoh siam

Sekianlah artikel Akidah: Berubat dengan bomoh siam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akidah: Berubat dengan bomoh siam dengan alamat link https://nuansaislamipost.blogspot.com/2013/11/akidah-berubat-dengan-bomoh-siam.html
0 Komentar untuk "Akidah: Berubat dengan bomoh siam"

Back To Top